BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 12, 2010

Skin Herbs Enterprise

Syarikat Skin Herbs Enterprise telah ditubuhkan pada 18 Januari 2005 di bawah Akta Syarikat 1965.  Syarikat Skin Herbs Enterprise ini merupakan Syarikat Perkongsian yang memulakan perniagaannya dengan  modal permukaannya sebanyak RM 35,000 dan telah berjaya membawa masuk produk keluarannya ke peringkat antarabangsa.  Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk mengeluarkan produk yang diperbuat daripada batu nasila dan kepelbagaian penggunaan tanaman herba dengan menginovasikan produk tersebut melalui teknologi moden.  

Khasiat Batu Nasila

Pada era kemodenan pada masa kini, kesedaran menjaga kecantikan semakin tinggi dikalangan masayarakat.Permintaan terhadap produk yang berasaskan sumber tradisional memberi insentif kepada syarikat skin herbs untuk mengeluarkan produk yang berasaskan kepada batu nasila.Batu nasila ini kurang dikenali kerana jarang digunakan. Syarikat mencari kelainan dengan menjadikan batu nasila sebagai bahan asas kepada produk keluaran syarikat.Batu ini sesuai digunakan untuk tujuan kecantikan.Penggunaan secara berterusan akan memberi kesan yang memuaskan kepada pengguna.Batu nasila berkesan untuk merawat kulit wajah selain memutihkan kulit.

Ice Feel Powder

Ice feel powder adalah produk terbaru keluaran syarikar Skin Herbs. Ice Feel Powder ini adalah bedak sejuk yangs sesuai diamalkan oleh sesiapa saja untuk tujuan kecantikan
Kebaikan/Faedah
-          Sesuai untuk merawat kulit yang mengalami masalah resdung
-          Menjadikan kulit wajah lebih lembut dan sekata
-          Mengeringkan jerawat
-          Memudarkan kesan parut jerawat
-          Melancarkan peredaran darah kulit wajah.

Khasiat Ginseng

Kandungan kimia yang terdapat dalam ginseng adalah saponin dan glikosida. Glikosida pada akar ginseng dikenal sebagai ginsenosida. Selain itu, akar ginseng juga mengandung 16jenis ginsenosida seperti minyak atsiri, panasena, resih, musilago, asam panax, fitosterol, hormon, vitamin B, kabohidrat, dan selulosa. Pada tahun 1960-an, sejenis tanaman yang dikenal sebagai “terpenidol glycisides” telah ditemukan oleh pengkaji-pengkaji Moscow dan Tokyo. Eksperimen telah dilakukan terhadap tikus dan hasilnya diperoleh energi/tenaga baru di dalam tubuh tikus. Ternyata pada tanaman tersebut terdapat molekul gula dan molekul terpenoid yang merupakan sejenis hormon tumbuhan yang serupa dengan hormon haiwan. Kemudian “terpenidol glycisides” diganti namanya ginsenosida. Yang menjadikan ginseng terkenal sebagai “obat segala penyakit” adalah khasiat yang diberikan oleh ginsenosida.